AFIDAVIT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
sila cetak dan edarkan

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN JENAYAH)
WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO.45-48-98 DAN
NO.45-49-98
Permohonan Jenayah No 1999
(PENDAKWA RAYA V DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM)
Antara
Dato 'Seri Anwar bin Ibrahim Pemohon
Dan
Pendakwa Raya Responden

NOTIS USUL

Ambil perhatian bahwa Mahkamah akan mengusulkan pada haribulan 1999 jam pagi/petang
atau seberapa cepat selepas ini yang boleh didengar oleh Kaunsel bagi Pemohon yang dinamakan di atas
bagi satu perintah bahwa:-

1. Yang Arif Tuan Hakim Dato' Augustine Paul s/o Sinnappen tidak patut mendengar dan membicarakan
isu-isu dan perkara-perkara di dalam Perbicaraan yang tersebut di atas;

2. Yang Arif Tuan Hakim Dato' Augustine Paul s/o Sinnappen dikehendaki melucutkan kelayakannya untuk
mendengar dan membicarakan isu-isu dan perkara-perkara yang tersebut.

Bertarikh Haribulan 1999



.......................................
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur.

Nota Usul ini disokong dengan Affidavit oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang diikrarkan dan difailkan
bersama-sama ini.

Notis Usul ini difailkan oleh Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tertuduh/Applicant dan yang
alamat penyampaiannya ialah di No 29, Jalan Nusa, 50480 Kuala Lumpur.


DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN JENAYAH)
WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO.45-48-98 DAN
NO.45-49-98
Permohonan Jenayah No 1999
(PENDAKWA RAYA V DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM)
Antara
Dato 'Seri Anwar bin Ibrahim ...Pemohon
Dan
Pendakwa Raya ...Responden

AFIDAVIT

Saya, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, (No KP : 470810-07-5095), seorang warganegara Malaysia yang
cukup umur dan sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan
menyatakan seperti berikut:-

1. Melainkan dimana dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah dalam pengetahuan
saya.

2. Saya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29hb September 1998 dengan 9
kesalahan, 5 di bawah seksyen 2 Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970, dan yang lainnya
di bawah seksyen 277B Kanun Keseksaan.

3. Pada 30 hb September 1998, saya dituduh di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya dengan satu lagi
kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

4. Melalui permohonan Peguam Negara, perbicaraan kesalahan-kesalahan tersebut dipindah ke Bahagian
Jenayah Mahkamah Tinggi di Kualal Lumpur.

5. Kini perbicaraan saya sedang didengar oleh Hakim Augustine Paul (selepas ini dirukuj sebagai " Yang
Arif Hakim") di Mahkamah Tinggi (Bahagian Jenayah) di Kuala Lumpur untuk 4 daripada tuduhan-tuduhan
tersebut.

6. Perbicaraan tersebut (selepas ini disebut sebagai "Perbicaraan tersebut") telah bermula pada 2 hb
November 1998 dan sedang berjalan.

7. Tuduhan-tuduhan pertama da ketiga adalah sama melainkan mengenai rujukan kepada orang-orang dari
mana "pengakuan bertulis" yang dikatakan telah diperolehi, adalah:-

"Bahawa kamu dari 12 Ogos 1997, di rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No...., semasa
menjadi seorang ahli pentadbiran , iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah melakukan
amalan korup dimana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan
Amir Junus, timbalan Pengarah Cawangan Khas II, untuk mendapatkan pengakuan bertulis dari Azizan Abu
Bakar/Ummi Hafilda Ali untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu bagi tujuan
memperlindungkan diri sendiri dari sebarang tindakan atau prosiding jenayah, dan oleh itu Azizan Abu
Bakar/Ummi Hafilda telah diarah, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh disabit dibawah
seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970."

8. Tuduhan-tuduhan Ke-2 dan Ke-4 adalah sama melainkan mengenai rujukan kepada orang-orang yang
dikatakan telah memberi "pernyataan awam bertulis", adalah :-

"Bahawa kamu dari 12 Ogos 1997, di rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No...., semasa
menjadi seorang ahli pentadbiran , iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah melakukan
amalan korup dimana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan
Amir Junus, timbalan Pengarah Cawangan Khas II, untuk mendapatkan pernyataan bertulis umum dari
Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda Ali untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu
bagi tujuan memperlindungkan diri sendiri dari sebarang tindakan atau prosiding jenayah, dan oleh itu Azizan
Abu Bakar/Ummi Hafilda telah diarah, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh disabit
dibawah seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970."

9. Sebagaimana tuduhan-tuduhan tersebut dirangka, saya telah dinasihatkan oleh peguam dan dengan
sesungguhnya percaya bahawa salah-satu daripada unsur utama yang pihak pendakwa perlu membukti
adalah kebenaran mengenai dakwaan salah laku seks dan liwat yang dikatakan telah dilakukan oleh saya.

10. Dari mulanya lagi, pembelaan saya adalah:-

(a) bahawa dakwaan tersebut tidak berdasar dan palsu dan tiada soal mengenai saya melindungi diri dari
sebarang tindakan atau prosiding jenayah berdasar dakwaan sebegitu;

(b) bahawa terdapat suatu komplot oleh pembangkang politikal saya untuk mendakwa saya pada tahun 1998
atas dasar dakwaan yang sama, yang pada tahun 1997 telah pun ditolak secara awam sebagai palsu dan
tidak berdasar oleh Perdana Menteri sendiri dan juga oleh Inspektor-Jeneral Polis, Tan Sri Abdul Rahim
Noor. Selewat April 1998, pendapat Peguam Negara tentang dakwaan tersebut telah diumumkan ke
Parlimen oleh Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri melalui suatu pernyataan pada 1 hb April
1998, bahawa Peguam Negara puas hati yang tiada kebenaran dalam dakwaan tersebut dan bahawa
siasatan mengenai perkara tersebut telah ditutup;

(c) bahawa siasatan semula polis pada tahun 1998 dan dakwaan saya merupakan akibat komplot oleh pihak
berkuasa untuk mempersalahkan saya mengenai beberapa tuduhan dan lain yang belum lagi diketahui,
dimana komplot tersebut, bagi kesenangan telah diberi terma "komplot polis' oleh Peguam saya.

11. Pihak pendakwa telah cuba menunjukkan dakwaan tersebut melalui beberapa saksi:-

(a) PW.1 dan PW.11, pengarah dan dan timbalan pengarah, masing-masing, Cawangan Khas, telah
memberi keterangan bahawa mereka mempercayai dalwaan tersebut adalah benar atas dasar
laporan-laporan yang mereka terima dari PW.2 dan PW.7 (pegawai-pegawai Cawangan Khas) tentang
siasatan permulaan mereka atas Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda. PW.2 dan PW.7 telah memberi
keterangan mengenai bagaimana mereka sendiri mendapat tahu bahawa dakwaan tersebut benar;
(b) PW.21, Ahli Kimia Kerajaan memberi keterangan bahawa beliau telah membuat ujian DNA dan juga
ujian-ujian lain dan membuat kesimpulan bahawa beberapa dari 13 kesan yang didapati di suatu tilam, yang
diambil dari suatu pangsapuri dari Bangsar mengandungi sperma dan cecair vagina seorang
bernama Shamsidar.

12. Bahawa tidak terdapat suatu dasar kukuh mengenai kepercayaan PW.1 dan PW.11 yang dibukti di
pemeriksaan balas PW.2 dan PW.7. Saya dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa,
dalam apa hal pun, kepercayaan sebegitu mempunyai nilai keterangan bagi tujuan unsur tuduhan-tuduhan
tersebut.

13. Di pemeriksaan balas, PW.21 telah didapati tidak berjustifikasi dalam banyak dari keputusannya. Beliau
mengakui telah membuat beberapa sangkaan yang tidak dibukti dalam kesimpulannya.

14. Apabila ia telah menjadi jelas kepada mereka bahawa mereka tidak dapat membukti kebenaran
dakwaan tersebut, pihak pendakwa telah memohon meminda tuduhan apabila kes pihak pendakwa ditutup.

15. Dalam tuduhan pertama yang dipinda, perkataan yang bermula dengan "pengakuan bertulis..." ke akhit
tuduhan asal diganti dengan:- "untuk mendapat suatu pernyataan bertulis dari Azizan Abu Bakar
dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri menafikan dakwaan liwat sperti yang terkandung dalam
Pengakuan Bersumpah bertarikh 5 Ogos 1997, bagi kelebihan kamu, untuk wit, untuk menyelamatkan diri
kamu dari berasa malu, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan
Keselamatan (Kuasa-kuasa Perlu) No 22 1970."

16. Tuduhan terpinda yang ketiga adalah bersamaan dengan yang pertama, melainkan dakwaan adalah
mengenai salah laku seks dan liwat yang telah dibuat oleh Ummi Hafilda dalam suatu laporan sulit.

17. Tuduhan kedua diganti semua perkataan bermula dari "untuk menggalak Azizan Abu Bakar..." yang
tertera dituduhan asal seperti berikut:- "untuk mendapatkan suatu pernyataan bertulis dari Azizan Abu
Bakar kepada YAB Perdana Menteri menafikan dakwaan liwat...yang mereka mendapati seperti diarah,
bagi kelebihan kamu, dalam, to with, bagi tujuan melindungkan diri kamu dari sebarang tindakan jenayah,
dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-kuasa
Perlu) No 22 1970."

18. Tuduhan terpinda keempat adalah bersamaan dengan yang kedua melainkan bahawa adalah dakwaan
mengenai salah laku seks dan liwat dan telah dibuat oleh Ummi Hafilda dalam suatu laporan sulit.

19. Meskipun terdapat banyak keterangan mengenai salah laku seks dan liwat (yang sangat
memprejudiskan saya) telah dibenarkan diterima dan keterangan sebegitu telah, oleh kerana publisiti yang
luas yang diberi di dalam negara ini dan juga di luar negara, telah mencemarkan nana dan reputasi saya dan
walaupun bantahan kukuh telah dibangkit bagi pihak saya bahawa tujuan pihak pendakwa membuat pindaan
tersebut adalah untuk meringankan onus membukti yang patut mereka menunjuk atas 4 tuduhan yang asal,
Yang Arif Haki m telah membenarkan pindaan Tuduhan-tuduhan tersebut, memutuskan bahawa pindaan
tersebut tidak akan memprejudiskan saya kerana akhirnya pun, Mahkamahlah yang akan memutuskan untuk
mengecualikan sebarang keterangan tidak relevan yang telah pun diterima.

20 Yang Arif Hakim telah memberi alasan-alasan berikut untuk membenarkan pindaan tersebut:-

"Setelah membaca tuduhan-tuduhan baru selama satu jam, saya telah mendapati bahawa elemen-elemennya
adalah sama. Perbezaan utama, jikalau pun ada, merujuk kepada perbuatan salah laku seks dan liwat, yang
dalam membaca tuduhan-tuduhan yang lama, bukan elemen yang substantif" (The SUN, 14/1/99)

21. Beliau kata bahawa bukan seperti tuduhan-tuduhan asal, yang telah merujuk kepada salah laku seks dan
liwat yang telah dilakukan oleh saya:-
"Tuduhan-tuduhan yang dipinda tidak menyatakannya, tetapi hanya merujuk kepada dakwaan. Ini tidak
membawa kepada fokus kebenaran dan/atau kepalsuan yang, oleh itu tidak menjadi satu elemen
tuduhan-tuduhan. Oleh itu, kebenaran atau kepalsuan tidak menjadi relevan" (The SUN, 15/1/99)

22. Yang Arif Hakim oleh itu, telah memutus bahawa semua keterangan yang diberi oleh saksi pihak
pendakwa mengenai salah laku seks dan liwat yang dikatakan dilaku oleh saya tidak relevan dan
memerintahkan bahawa keterangan tersebut dihapuskan dari rekod-rekod mahkamah dan tidak patut diberi
pertimbangan oleh kedua-dua pihak, untuk mengelak prejudis terhadap saya.

23. Ini termasuk keterangan PW.21 (ahli kimia kerajaan), keterangan Azizan Abu Bakar yang diberi
semasa pemeriksaan balas, dimana ia mengenai kebenaran dakwaan tersebut, dan juga keterangan pakar
forensik, Dr Zahari Noor yang telah menyatakan bahawa ujian perubatan beliau telah menunjukkan bahawa
Sukma Darmawan Madja tidak diliwat, dan juga saksi-saksi lain yang telah memberi keterangan mengenai
salah laku seks dan liwat yang dikatakan telah dilaku oleh saya.

24. Yang Arif Hakim telah memusnahkan ("expunged") ketrangan tersebut tanpa sebarang permohonan
yang dibuat bagi pihak pendakwa ataupun pembela.

25. Apabila menjawab hujahan pihak pembela mengenai Tiada Kes untuk Dijawab, yang selepas itu dibuat
kepada Yang Arif Hakim, Dato' Abdul Gani Patail sendiri telah memberi tanda bahawa beliau
membangkang kemusnahan keterangan tersebut.

26. Keterangan yang dimusnahkan itu merupakan penting kepada kes pihak pembela, dan mengenai 4
tuduhan asal, memihak pihak pembela. Memusnahkannya dari rekod jauh dari mengelak prejudis terhadap
saya, sebenarnya memprejudis kes saya dan bukannya untuk kepentingan keadilan.

27. Saya dinasihatkan oleh Peguam Saya dan dengan sesungguhnya percaya bahawa mereka tidak dapat
mengesan sebarang kes yang telah diputuskan di negara ini dimana sebarang mahkamah telah
memusnahkan keterangan yang diberi semasa perbicaraan, apabila membenarkan suatu tuduhan ataupun
tuduhan dipinda.

28. Pada 31 hb Januari 1999, sebelum sahaja saya memberi keterangan, (menurut keputusan Yang Arif
Hakim bahawa saya dipanggil unutk memasukkan pembelaan), Yang Arif Hakim sekali lagi memerintahkan
bahawa semua pihak tidak menyentuh tentang dakwaan seks apabila memberi keterangan di tahap
pembelaan, menyatakan bahawa ia adalah perlu untuk memberi beberapa nasihat untuk menunjukkan
kedudukan kes kerana kedua-dua pihak telah menyentuh tentang kebenaran dakwaan tersebut. Beliau
mengulangi bahawa :- "Ia perlu diperhatikan bahawa tuduhan-tuduhan terpinda hanya merujuk kepada
dakwaan salah laku seks dan liwat dan bukan kepada perbuatannya. Kebenaran ataupun kepalsuan
dakwaan tersebut oleh itu bukan suatu isu perbicaraan ini. Sebarang keterangan dan hujahan yang telah
ataupun yang akan diarah mengenai perkara ini tidaklah relevan dan oleh itu tidak diyterima."(The
SUN,1/2/1999)

29. Ini mungkin kes pertama yang dibicarakan di mahkamah jenayah di negara kita ini dimana mahkamah
tidak mempertimbangkan kebenaran dakwaan yang relevan kepada isu kesalahan dan dimana ia seperti
tidak peduli untuk mengetahui kebenaran.

30. Meskipun keputusan beliau bahawa elemen dalam tuduhan terpinda adalah sama seperti di dalam
tuduhan asal, ianya sekarang ketara bahawa Yang Arif Hakim menghalang pihak pembela dari memberi
keterangan yang mustahak untuk membuktikan kes pihak pembela atas dasar bahawa keterangan sebegitu
tidak relevan kepada unsur tuduhan. Begitu juga dengan keterangan mengenai isu kredibiliti Azizan Abu
Bakar atau Ummi Hafilda diputuskan tidak relevan kerana ini akan menunjukkan bahawa dakwaan mereka
mungkin tidak benar, dan diputuskan bahawa ia tidak akan diterima menurut keputusan yang telah pun di
buat: fakta yang dakwaan telah pun di buat oleh Azizan dan Ummi, menurut Yang Arif Hakim, tidak
merupakan isu lagi. Hujahan oleh Peguam mengenai kredibiliti saksi-saksi tersebut berkaitan dengan
keterangan mereka di Perbicaraan suatu isu relevan tidak mendapat perhatian Yang Arif Hakim.

31. Pembelaan "komplot politikal" yang pada asalnya dibenarkan oleh Yang Arif Hakim untuk kemudiannya
juga diputuskan tidak relevan. Peguam telah dihenti oleh Yang Arif Hakim menyoal saya tentang kewujudan
komplot politikal terhadap saya pada tahun 1997, yang saya telah diberitahu oleh PW.1 dan PW.11 ketika
itu, memutuskan bahawa komplot politikal tidak relevan, menyatakan:-

"Keterangan boleh diberi untuk menunjukkan komplot oleh polis unutk menukar pendirian mereka atau
mereka keterangan terhadap tertuduh, dan itu sahaja. Komplot politikal terhadap tertuduh , jika ada tidak
relevan" (NST, 10/2/99).

32. Penegasan Peguam bahawa komplot politikal merupakan sebab mengapa PW.1 dan PW.11 menjadi
belot terhadap saya pada tahun 1998, oleh itu diputuskan oleh Yang Arif Hakim tidak relevan, begitu juga
cara dimana penangkapan saya dilakukan, meskipun menunjuk perubahan dalam tahun 1998 tingkah
lakunpolis terhadap saya, berbanding dengan apa yang berlaku dalam tahun 1997 (NST, 11/2/99).

33. Mengenai soal komplot oleh polis, Yang Arif Hakim juga telah memutuskan bahawa sebarang
keterangan yang akan diberi oleh pihak pembela patut dibatas ke perkara-perkara mengenai kemungkinan
saya dituduh, dan itu sahaja; dan keterangan dua doktor yang ingin diberi unutk menunjukkan bahawa saya
diserang oleh polis pada malam pertama saya ditahan dan semasa berada di tahanan polis, dan juga
kecederaan yang saya alami, diputus sebagai tidak relevan. (The SUN, 5/3/99).

34. Mengenai soal relevan keterangan, Yang Arif Hakim telah memutus bahawa pihak pembela mesti
pertamanya menunjuk relevannya memanggil setiap saksi dan juga keterangan saksi tersebut. Dalam kes
Manjeet Singh Dhillon, saksi pihak pembela dalam pemeriksaan utama, Peguam diminta menyediakan satu
ringkasan keterangan yang akan diberi, Yang Arif Hakim menyatakan bahawa beliau akan menghalang
sebarang keterangan yang akan diberi jikalau beliau tidak berpuas hati dengan penerangan Peguam tentang
relevannya perkara tersebut. (The SUN, 4/3/99).

35. Saya dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa keputusan di atas dan juga
permintaan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim sememangnya bukan perkara yang biasa dan mempunyai
kesan memerlukan pihak pembela memberitahu mahkamah dan juga pihak pendakwa dahulu tentang
keterangan yang ingin diberi oleh seseorang saksi.

36. Mengenai surat-surat yang ditulis oleh Manjeet Singh kepada Peguam Negara, yang pihak pembela ingin
mengemukakan melalui Manjeet Singh, dan dahulunya telah difailkan di Mahkamah yang merupakan
sebahagian dari permohonan yang dirujuk dalam perenggan 42.1. Afidavit ini, Yang Arif Hakim sendiri telah
mencadangkan bahawa seksyen 124 Akta Keterangan 1950 mungkin terpakai untuk menghalang Manjeet
Singh dari mengemukakannya. Sungguhpun, menurut nasihat Peguam, seksyen tersebut hanya
memperuntukkan :-
"Tiada sebarang pegawai awam akan dipaksa mendedahkan komunikasi yang diberi kepada beliau secara
sulit rasmi apabila beliau berpendapat bahawa kepentingan awam akan terjejas dari pendedahan
tersebut....."

Yang Arif Hakim nampaknya berpendapat bahawa ia sepatutnya mengikut bahawa pihak yang
berkomunikasi dengan pegawai awam (dalam kes ini adalah Manjeet Singh) juga akan dihalang dari
mendedahkan komunikasi tersebut. Peguam pihak pembela dan pendakwa dipelawa oleh Yang Arif Hakim
unutk menimbangkan dan seterusnya berhujah perkara ini.

37. Sebagai keadilan kepada pihak pendakwa, Peguamcara Negara, yang telah berhujah bagi pihak
pendakwa tidak membaca seksyen yang lain kecuali menurut apa yang diperuntuk.

38. Apa yang mengkhuatirkan saya ialah Yang Arif Hakim seperti sedia meluaskan pentafsiran
peruntukkan seksyen tersebut, termasuk mencadangkan bahawa banyak masalah akan timbul jikalau
komunikasi tersebut dikemukakan oleh Manjeet Singh. (NST,4/3/99)

39. Surat-surat yang ditulis oleh Manjeet Singh kepada Pegawai Negara dan mesyuarat berikutan yang
beliau ada dengan seorang dari timbalan pendakwa raya kanan akan menyokong kes pihak pembela tentang
komplot polis. Mesyuarat tersebut dan surat-surat tersebut akan mencadangkan dengan kukuh bahawa
sekurang-kurangnya seorang daripada ahli pasukan pihak pendakwa sangat mempedulikan dan
mementingkan untuk cuba mendapat anak guam Manjeet Singh untuk mengimplikasi saya dengan salah
dalam melakukan salah laku seks yang lain. Suatu akuan oleh Dr Munawar Anees, seorang lagi anakguam
Manjeet Singh (kerana anakguam tersebut sekarang berada di luar negara), dimana Dr Munawar telah
menyatakan bahawa beliau telah diseksa oleh pihak polis unutk bercakap bohong bahawa beliau pernah
diliwat oleh saya, juga penting kepada isu komplot polis; ianya juga boleh dicadang dengan kukuh bahawa
pihak polis sedang cuba menggunakan pelbagai cara dan kos untuk menyalahkan saya dengan bukti yang
palsu. Ini semua semestinya mempunyai kesan yang penting mengenai soal kredibiliti saksi polis di
Perbicaraan tersebut. Saya dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa dalam sebarang
perbicaraan soal kredibiliti sebarang saksi selalunya relevan.

40. Yang Arif Hakim, walaubagaimanapun, memberi pandangan permulaannya bahawa keterangan
Manjeet Singh mengenai komunikasinya dengan Kamar Peguam Negara melalui rujukan surat-surat
tersebut dan mesyuarat tersebut mungkin tidak relevan dan tidak boleh diterima dan pernyataan dari Dr
Munawar dalam surat akuannya juga tidak boleh diterima. Tetapi pihak pembela dan pendakwa diminta
membuat hujahan tentang perkara ini. (The Sun 9/3/99; NST 9/3/99).

41. Selain dari keputusan dan arahan yang telah dirujuk diatas, Yang Arif Hakim telah, semasa perbicaraan
tersebut, mengendalikan beberapa perkara yang terbangkit dengan cara yang amat membimbangkan saya:-

41.1 Permohonan Menyingkirkan 2 Pegawai Penndakwaan Kanan

(a) Atas dasar pendedahan yang dibuat oleh Manjeet Singh dalam suatu surat akuan beliau telah buat pada
8 hb November 1998, saya telah membuat suatu permohonan untuk menyingkirkan dua dari timbalan
pendakwa raya kanan bagi pihak Pendakwa Raya dalam perbicaraan tersebut; iaitu Dato' Abdul Gani Patail
dan Encik Azhar Mohamaed.

(b) Alasan-alasan permohonan tersebut dinyatakan dalam afidavit sokongan saya dan berdasarkan surat
akuan Manjeet Singh, Peguam Datuk Nala Karuppan yang telah didakwa di bawah Seksyen 57 Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi memiliki beberapa amunisi, yang merupakan satu kesalahan yang
disabit mati.

(c) Secara ringkas, manjeet Singh telah dalam Surat Akuan tersebut dan dalam suatu surat bertarikh 1 hb
Oktober 1998 (yang dilampirkan pada Surat Akuan tersebut), telah menyatakan antara lain:-

bahawa beliau telah menulis kepada Peguam Negara, pada 1 hb Oktober 1998 meminta supaya tuduhan
tersebut dipinda kepada satu di bawah Akta Senjata 1960, dimana satu kesabitan yang kurang diperuntuk;

bahawa beliau seterusnya menerima suatu panggilam telefon dari Datuk Abdul Gani Patail untuk
berjumpanya dengan segera, dan beliau berbuat demikian;

bahawa Datuk Abdul Gani Patail "telah menggunakan mesyuarattersebut sebagai suatu alat untuk
mendapatkan keterangan terhadap Dato' Ser Anwar Ibrahim....Beliau [Dato' Gani ] telah berulang kali
menyatakan bahawa ' Saya tidak bertanggapan' dan bercadang bahawa beliau tidak bertanggapan mengenai
sebarang pengakuan di bawah Akta Senjata sebaiknya ingin lebih. Perkara 'lebih' ini ketara dan jelas kerana
Datuk Abdul Gani Patail telah menyatakan dengan jelas bahawa :-

(i) ................
(ii) ...............
(iii) Bahawa sebagai balasan kepada kekurangan tuduhan kini ke suatu di bawah Akta Senjata beliau (Dato'
Gani) inginkan Nallakaruppan bekerjasama dengan mereka dan memberi matlamat terhadap Anwar Ibrahim
terutamanya tentang perkara wanita yang telah kahwin. Dato' Gani kerap menukar bilangannya, dan
akhirnya menyatakan terdapat 5,3 yang telah kahwin, dan 2 lagi belum.
(iv) Bahawa beliau ingin Nallakaruppan memberi keterangan mengenai wanita tersebut."

(d) Datuk Abdul Gani Patail dan Encik Azahar bin Mohamed (yang juga dinama dalam Surat Akuan), yang
merupakan pegawai kanan dari pasukan pihak pendakwa dalam Perbicaraan, dan atas nasihat Peguam,
yang saya sesungguhnya percaya, ia merupakan tugas pihak pendakwa, seperti juga tugas Hakim untuk
menjalankan tugas mereka dengan adil. Saya tidak percaya bahawa ianya adalah dalam kepentingan
keadilan bagi mereka terus berada dalam pasukan pihak pendakwa dalam Perbicaraan, memandangkan
tingkah laku mereka dalam cuba mengimplikasi saya tentang melakukan kesalahan dengan mendapatkan
Datuk Nallakaruppan memalsukan keterangan, menurut Surat Akuan tersebut.

(e) Sejak mengambil suatu kepentingan peribadi yang tidak profesional untuk menyalahkan saya,
penglibatan mereka dalam Perbicaraan telah pun menaikkan keraguan akan integriti keterangan yang telah
diberi terhadap saya oleh saksi pihak pendakwa dan mereka terus menjadi pihak pendakwa dalam
Perbicaraan akan menghindari pentadbiran keadilan dan akan mempersendakan keadilan.

(f) Permohonan untuk menyingkirkan Datuk Abdul Gani Patail dan Encik Azahar Mohamed telah difailkan
oleh firma salah satu dari Peguam saya, Zainur Zakaria.

(g) Ia telah ditetapkan untuk pendengaran pada 30 hb November 1998, hari kerja pertama selepas ia
difailkan.

(h) Apabila ia didengar, Yang Arif Hakim, sebalik mendengar Peguam, Raja Aziz Addruse, mengenai
permohonan tersebut, memanggil Zainur Zakaria menjawab beberapa soalan oleh Yang Arif Hakim, iaitu
sama ada Zainur akan mengambil tanggungjawab memfailkan permohonan tersebut, dan sama ada Zainur
sedar mengenai undang-undang subahat dan budibicara Peguam Negara untuk mengurangkan atau tidak
sesuatu tuduhan, menyatakan bahawa:-

"ianya sememangnya jelas bahawa Peguam negara mempunyai kuasa untuk menyoal seseorang banduan
sama ada beliau akan memberi matlamat tentang kesalahan yang dilakukan. Ia adalah dipraktik di setiap
negara yang bertamadun. Tanpa ini, ia adalah mustahil untuk mendapat penjenayah tertentu."

dan sama ada Zainur berpuas bahawa terdapat keterangan mengenai pendakwaan kepalsuan keterangan
yang dibuat di dalam Akuan Berkanun.

(i) Apabila Zainur menjawab bahawa dokumen-dokumen yang beliau dan juga Peguam saya yang lain
terdapat membawa mereka kepada kesimpulan yang ada, Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa
permohonan tersebut, dengan afidavit sokongan merupakan satu pengangguan keadilan kerana ia tidak
berdasar; dan ianya merupakan suatu langkah pre-emptif untuk menjejaskan integriti perbicaraan yang
sedang dijalankan ; bahawa objektifnya adalah untuk menngambarkan bahawa pihak pendakwa telah
memalsukan keterangan dan ini merupakan suatu penghinaan yang serius.

(j) Yang Arif Hakim seterusnya menyatakan beliau sepatutunya bertindak dengan segera untuk
mengekalkan integriti Perbicaraan; bahawa beliau tidak akan ragu-ragu menggunakan setiap kuasa
penghakiman beliau untuk memastikan bahawa Perbicaraan tersebut dijalan dengan dengan licin; bahawa ia
merupakan tugasnya untuk memastikan sesiapa yang mengikuti Perbicaraan tidak akan diperdayakan;
dan memandangkan permohonan tidak berdasar yang difailkan oleh Zainur, Yang Arif Hakim telah
menyebutnya menghina Mahkamah bagi percubaannya untuk menjejaskan integriti Perbicaraan; tetapi
beliau akan menunjukkan belas kasihan dengan menjatuhkan prosiding seterus jikalau Zainur meminta maaf
tanpa syarat kepada Mahkamah dan juga Peguam Negara, Datuk Abdul Patail dan En Azahar Mohamed
untuk memfailkan permohonan yang tidak berdasar "yang merupakan suatu penyalahkan proses
Mahkamah".

(k) Zainur telah diberi masa untuk mempertimbangkan sama ada untuk meminta maaf ataupun disebut untuk
penghinaan.

(l) Apabila Zainur memberitahu Mahkamah 40 minit kemudian (apabila Mahkamah bermula
pendengaran)yang beliau tidak dapat meminta maaf seperti yang diminta oleh Yang Arif Hakim, Yang Arif
Hakim telah merangka suatu tuduhan terhadap beliau, dan menyuruh beliau menunjuk sebab mengapa beliau
tidak patut disebut untuk penghinaan atas pemfailan suatu permohonan yang disokong oleh afidavit dan
dokumen-dokumen mengandungi "dakwaan yang berskandal dan menghinakan".

(m) Apabila Zainur seterusnya, dalam menunjuk sebab, menyatakan secara sumpah bahawa beliau telah
memfailkan permohonan tersebut atas arahan anakguamnya, iaitu saya, dan beliau membuatnya untuk
menjalankan tugas sebagai peguambela dan peguamcara yang diperuntukkan dalam common law dan juga
Akta Profesyen Undang-undang 1976, suatu tugas yang patut dilaksanakan tanpa ketakutan atau sokongan,
Yang Arif Hakim yang, menolak permohonan yang dibuat oleh peguam Zainur bagi masa untuk memanggil
saksi-saksi untuk membuktikan sama ada dakwaan tersebut yang dikatakan berskandal adalah benar,
mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak berdasar dan penerangan Zainur tanpa merit, dan tidak
sepatutnya dipertimbangkan.

(n) Zainur telah didapati bersalah menghina Mahkamah dan telah disabit penjara selama 3 bulan. Zainur
telah memfailkan suatu rayuan terhadap keputusan penghinaan dan sabitan. Sementara menunggu
pendengaran rayuan, perlaksanaan sabitan digantung oleh Mahkamah Rayuan.

(o) Suatu kejadian prosiding dan juga teks Akuan Berkanun dan surat kepada Peguam Negara yang dirujuk
sebelum ini telah diterbit dalam suratkhabar The Sun pada 1 hb Disember 1999.

(p) Membangkit dari keputusan penghinaan yang dibuat terhadap Zainur, atas permohonan Peguam Negara,
telah mengeluarkan suatu waran tangkap terhadap Manjeet Singh , mengkehendaki beliau menghadiri di
hadapan Yang Arif Hakim untuk menunjuk sebab mengapa beliau juga tidak patut dikomit untuk
penghinaan.

(q) Manjeet Singh telah menghadiri diri dihadapan Mahkamah beberapa hari kemudian untuk menerangkan
bahawa Surat Akuan tersebut telah diumumkan tanpa pengetahuan beliau dan meminta maaf atas segala
kesulitan yang timbul, dan oleh itu , Yang Arif Hakim tidak mengambil apa-apa langkah seterus terhadap
beliau dan menolak permohonan saya untuk menyingkirkan Dato' Abdul Gani dan Encik Azahar Mohamed ,
tanpa mendengar Peguam yang sepatutnya mengusulkan permohonan tersebut bagi pihak saya.

(r) Saya dinasihatkan oleh Peguam bahawa Yang Arif Hakim telah bertindak bercanggah dengan prinsipal
yang sudah mantap mengenai keadilan asasi dalam menolak permohonan saya dan oleh itu saya telah
memfailkan suatu rayauan terhadap penolakan tersebut. Rayuan tersebut masih belum didengar.

41.2 Keputusan mengenai Keterangan Katadengar

(a) Apabila memberi keterangan di Perbicaraan, saya telah merujuk kepada suatu mesyuarat saya telah ada
dengan Perdana Mentei dimana beliau telah memberi saya suatu ultimatum untuk meletak jawatan dari
Kabinet atau dituduh di Mahkamah.

(b) Yang Arif Hakim, tanpa sebarang bantahan diambil oleh pihak pendakwa, telah menyoal penerimaan
pernyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri (yang memberi ultimatum) atas dasar bahawa ia adalah
katadengar dan telah menyebut authoriti dalam menyokong pandangannya ini. Pernyataan tersebut, menurut
Yang Arif Hakim tidak boleh diterima melainkan pihak pembela memanggil Perdana Menteri sebagai saksi
dan menyoalnya.

(c) Atas alasan yang sama, penerimaan suatu pernyataan oleh Inspektor-Jeneral Polis yang dibuat secara
terus kepada saya juga dipersoal oleh Yang Arif Hakim.

(d) Yang Arif Hakim, tetapi bersetuju menangguhkan membuat keputusan supaya kedudukan
undang-undang dapat dihujah dengan penuh. (NST, 11/2/99)

(e) Akan tetapi, setelah membuat keputusan mengenai pernyataan Perdana Menteri dan Inspektor-Jeneral
Polis, Yang Arif Hakim kemudiannya telah terima keterangan "katadengar berganda" seseorang saksi pihak
pembela, Ma'amin bin Latip, dimana saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya merupakan lebih
membantah dari segi undang-undang. Dalam menolak bantahan Peguam mengenai penerimaan keterangan
tersebut, Yang Arif Hakim telah memerati bahawa:-
"Tiada perbezaan di negara ini mengenai katadengar pertama dan katadengar kedua."
(Nota Keterangan -2/3/99, lebih kurang pukul 3.40 pm)

41.3 Permohonan-permohonan Jaminan

(a) Pada 5 hb Oktober 1998, saya telah mengarahkan untuk memfailkan suatu permohonan jaminan.

(b) Permohonan tersebut telah dibantah oleh pihak pendakwa atas beberapa alasan yang utama bahawa
saya akan mengacau dengan keterangan saks-saksi pihak pendakwa.

(c) Sebagai menyokong bantahannya, pihak pendakwa telah mengemukakan 4 laporan polis yang tidak
dimasukkan sebagai ekshibit di Mahkamah.

(d) Yang Arif Hakim setelah mendengar hujahan, tidak membenarkan permohonan tersebut atas alasan
utama yang dihujah oleh pihak pendakwa.

(e) Pada 8 hb januari 1999, pada tahap Perbicaraan apabila pihak pendakwa memaklumkan mahkamah
yang mereka tidak akan memanggil saksi-saksi selanjut, dan akan menutup kes mereka sebaik sahaja
pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula yang ditangguh untuk PW.21 selesai. Peguam saya telah
membuat suatu permohonan baru kepada Yang Arif Hakim untuk jaminan saya.

(f) Pihak pendakwa sekali lagi membangkitkan bantahan yang sama, menegaskan bahawa risioko
kekacauan berterusan sehingga tamatnya Perbicaraan.

(g) Hujahan Peguam yang ketakutan risiko kekacauan tersebut telah pun tamat kerana semua saksi telah
pun dipanggil oleh pihak pendakwa dan semua orang lain yang dinamakan dalam Senarai Saksi-saksi Pihak
Pendakwa boleh digunakan oleh pihak pembela, telah ditolak secara terus oleh Yang Arif Hakim yang telah
setuju dengan penegasan pihak pendakwa, dan telah memerhati bahawa:-

"Hujahan kamu (Pihak Pembela) tidak boleh dikekal secara undang-undang bahawa sebaik sahaja kes pihak
pendakwa selesai, tidak ada kekacauan."

(h) Mengenai hujahan Peguam yang "semua saksi pendakwa akan menjadi saksi kami (pihak pembela).
Bagaimanakah akan terdapat kekacauan jikalau kami dapat menemuduga mereka", Yang Arif Hakim
menjawab bahawa beliau tidak akan membenarkan permohonantersebut. (NST, 9/1/99).

42.1 Berikutan dengan Yang Arif Hakim untuk memberi hujahan seterusnya, yang dirujuk dalam perenggan
40 Afidavit ini, Peguam telah memberi suatu ringkasa keterangan yang ingin diberi oleh Datuk
Nallakaruppan, Dr Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Mior Abdul Razak. Ia telah ditunjuk bahawa
keterangan orang tersebut yang telah ditekan oleh polis untuk memalsukan keterangan terhadap saya,
adalah untuk menyokong pembelaan komplot polis saya.

42.2 Seterusnya hujahan undang-undang mengenai relevan keterangan tesebut dan juga keterangan Manjeet
Singh telah bermula pada 12 hb Mac 1999. Hujahan pihak pembela merupakan bahawa pembelaan komplot
polis mesti dipertimbangkan menurut rujukan kepada semua fakta, dan bukan sahaja keterangan yang diberi
oleh pihak pendakwa. Ianya telah dihujah oleh Peguam saya bahawa "Ianya adalah penegasan kami
bahawa skima kepalsuan tersebut merupakan suatu transaksi yang terdiri dari beberapa langkah kepalsuan
yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim ....Relevensi tidak boleh dikekal kepada kes pihak
pendakwa sahaja; ianya patut dipakai di kes pihak pembela juga. Oleh kerana sifatnya, ia lebih luas, dan
berkaitan dengan isu-isu dan untuk menunjkkan berat sebelah saksi-saksi pihak pendakwa dan juga untuk
menunjuk skima yang lebih luas mengenai kepalsuan keterangan terhadap Tertuduh dan tidak boleh
dilarang".

42.3 Yang Arif Hakim telah memutus bahawa keterangan yang ingin diberi tersebut tidak relevan dan tidak
boleh diterima.

43.1 Dari keputusan yang dinyatakan di sini, Yang Arif Hakim telah:-

(a) dengan jelasnya membuat suatu pra-penghakiman mengenai isu-isu;
(b) mengecualikan Peguam saya dari mengemukakan kes saya sepenuh-penihnya;
(c) memusnahkan keterangan yang menyebelahi saya;
(d) menggunakan standard berlainan kepada pihak pendakwa dan pihak pembela mengenai penerimaan
keterangan;

43.2 Dalam Perbicaraan kes, Yang Arif Hakim telah kerap kali mencelah ("interfere") pemeriksaan dan
pemeriksaan balas saksi-saksi sehinggakan kelihatan Yang Arif Hakim telah mengambil peranan sebagai
Pendakwaraya.

44. Memandangkan kesemua keadaan tersebut di atas dan keputusan penghakiman Yang Arif Hakim
(termasuk penolakan permohonan saya untuk jaminan, );

(a) saya mempunyai kekhuatiran ("grave apprehension") yang Yang Arif Hakim tidak mempunyai minda
yang tidak berkecuali dan tidak memilih-pihak kepada isu-isu dan perkara-perkara dalam Perbicaraan;

(b) saya tidak percaya yang saya telah diberi satu perbicaraan yang adil.

45. Sekarang, ditunjuk kepada saya dan dilampirkan di sini sebagai "DSAI 1" adalah suatu ikatan keratan
dari beberapa terbitan yang telah mengandungi pemerhatian dan pandangan mengenai keadilan Perbicaraan
tersebut.

46. Juga ditunjuk kepada saya dan dilampirkan di sini sebagai "DSAI 2", adalah suatu ikatan laporan-laporan
suratkhabar yang dirujuk di beberapa perenggan-perenggan dalam Afidavit ini, yang mengandungi kejadian
mengenai Perbicaraan tersebut, yang saya percayai adalah betul.

47. Dalam premis ini, saya memohon satu perintah seperti yang dipohon di dalam permohonan ini.

Diikrar oleh )
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim ) (tandatangan DSAI)
di Kuala Lumpur )
pada haribulan 1999 )

15 MAR 1999
Dihadapan saya,
(tandatangan)
NORSHILA BT DATO' KAMARUDDIN
Majistret
Mahkamah Majistret
Kuala Lumpur

Affidavit ini difailkan oleh Raja Aziz Addruse, Peguambela bagi pihak pemohon, yang dinamakan di atas
dan mempunyai alamat penyampaiannya di No 29, Jalan Nusa, 50480 Kuala Lumpur.