SIAPA BONEKA SIAPA?

PM menggunakan sebarang peluang yang ada untuk meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap DSAI bagi mengurangkan sokongan dan simpati rakyat terhadap DSAI. Tuduhan bahawa terdapat pemimpin tempatan mengikut telunjuk kuasa barat ditujukan kepada DSAI. Dakwaan beliau tersebut berlandaskan peristiwa berikut:-

· Polisi dan dasar kewangan DSAI bagi menangani kegawatan ekonomi mirip dasar International Monetary Fund (IMF)

· DSAI mendapat layanan istimewa (permaidani merah) ketika melawat Amerika

· DSAI lebih mesra dengan kuasa barat berbanding PM sendiri yang sering mengecam dan dikecam barat

· Timbalan Presiden Amerika Al Gore menyokong perjuangan menuntut kebebasan dan keadilan oleh Gerakan Reformasi secara terbuka

Di sini saya ingin memberikan beberapa hujah ringkas bagi mematahkan hujah-hujah PM itu:-

· DSAI memilih dasar mirip IMF kerana dasar tersebut adalah tepat pada waktu negara mula dilanda kegawatan akibat kejatuhan nilai RM. Objektif utama Kementerian Kewangan pada waktu itu adalah untuk mengelak kejatuhan nilai RM secara berterusan (sebelum diperkenalkan dasar kawalan modal).

· DSAI mendapat layanan istimewa ketika melawat Amerika kerana lawatan beliau adalah sebagai Pengerusi Komiti Pembangunan, Bank Dunia yang mengadakan mesyuarat di Amerika

· Sebagai Timbalan PM, sudah semestinya DSAI menunjukkan sikap berbaik-baik dengan semua pihak termasuk pihak barat (terutama apabila PM sendiri asyik mengecam kuasa barat ini).

· Jika dibaca keseluruhan ucapan Al Gore, beliau menyentuh mengenai demokrasi yang merangkumi kebebasan bersuara, mengkritik, berhimpun yang sememangnya diperjuangkan oleh Gerakan Reformasi.

Jika DSAI dianggap boneka barat kerana berbaik-baik dengan kuasa barat maka PM juga boleh dianggap “BONEKA YAHUDI” kerana cuba berbaik-baik dengan golongan Yahudi berdasarkan hujah-hujah berikut:-

· PM menjalinkan kembali hubungan dua-hala di antara Malaysia-Israel dan membenarkan rakyat Malaysia melawat Israel

· Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Israel. Tahun 1996, Bank Hapoalim (bank terbesar Israel) menandatangani perjanjian dengan sebuah bank (terkemuka) Malaysia bagi memudahkan urusan kewangan di antara Malaysia dan Israel

· Tahun 1997, PM menjemput delegasi pemuda Yahudi diketuai Penolong Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Israel melawat Malaysia

· Tahun 1997 juga, PM menjemput pemain kriket Yahudi datang ke Malaysia 

· Tahun 1997 juga, polis (di bawah PM) diarah menangkap dan mendakwa rakyat yang menyertai demonstrasi menentang lawatan Israel tersebut

· Tahun 1998, PM melantik Salomon Smith Barney Inc (penasihat kewangan berbangsa Yahudi) sebagai penasihat kewangan negara bagi bekerjasama dengan Bank Negara memulihkan ekonomi

Oleh yang demikian, siapa boneka siapa? DM

Sumber:~Doi Moi. anonymous.Terima kasih.