Pak Lah Serba-Salah
MAHAFIRAUN Arah Timbalan Perdana Menteri Tangkap Reformis
daripada wartawan kami di Pulau Pinang


Pemergian MAHAFIRAUN ke Arab Saudi rupa-rupanya tidak lain daripada taktik lama yang biasa digunakan sewaktu "benda besar" hendak berlaku...

Menurut sumber MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 di sini, MAHAFIRAUN telah mengarahkan agar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang baru iaitu Pak Lah menangkap para reformis terkemuka. Operasi tangkap ini adalah sebagai persediaan untuk protes besar-besaran yang bakal tiba selepas hakim Augustine Paul menjatuhkan hukuman terhadap hero rakyat Anwar Ibrahim 6 April nanti.

Menurut sumber kami lagi, antara pihak yang bakal menjadi "tetamu MAHAFIRAUN" termasuklah beberapa pemimpin kanan pertubuhan-pertubuhan Islam. Ini ikutan tuduhan palsu Ibrahim Ali terhadap mereka kononnya ada perancangan untuk membunuh MAHAFIRAUN.

Nyata sekali Ibrahim Ali ini bukan manusia biasa, sebaliknya insan durjana yang sanggup membawa kesusahan kepada orang yang tidak berdosa demi kepentingan politiknya.

Dengar cerita Pak Lah amat susah hati kerana rakyat akan marah kepada beliau setelah berjanji bahawa polis akan "lebih mesra" terhadap rakyat ekoran pengakuan Rahim Noor bahawa dialah yang memukul hero rakyat Anwar Ibrahim hingga nyaris maut.

Pak Lah telah berbincang dengan pemangku Ketua Polis Negara Norian Mai tentang penangkapan ini, tetapi mereka masih belum menetapkan tarikh "Operasi Lallang Dua" itu.

Seperti biasa, apabila MAHAFIRAUN ingin melakukan "kerja-kerja kotor" tugas itu diserahkan kepada timbalannya sedangkan dia sendiri ke luar negara. Dahulu, peristiwa Memali terjadi tatkala MAHAFIRAUN di Eropah dan tugasnya dipangku oleh Musa Hitam. Nasib Pak Lah juga nampaknya serupa, menjadi "scapegoat" MAHAFIRAUN...

MRF 2020 (Cawangan Pulau Pinang)