Dr. Mahathir's Spin Doctors Lying
Dr. Mahathir's spin doctors, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin and Datuk Ibrahim Ali, have
started spinning stories to try to discredit the Islamic groups in this country, and to
gain public sympathy for Dr. Mahathir in anticipation of the impending general elections
which is expected to be held this year.
On the very day Dr. Mahathir left for Mecca to perform Haj, Abdul Hamid accused political
parties, universities and Islamic groups of having been infiltrated by "a secret
Islamic Fatwa Ccouncil which means to topple the government through political strife and
ethnic unrest". Ibrahim Ali also, on the same day, alleged that a shadowy Islamic
Fatwa Council had issued a fatwa that Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed be assasinated and
urged the army and police to overthrow the government.
The allegation by these spin doctors are blatant lies and we challenge them to reveal the
names of the members of the so-called Muslim Fatwa Council, as well as the political
parties, youths and Islamic groups that have been infiltrated.
In the last few months Dr. Mahathir has become very unpopular among Malaysians,
particularly Muslims, because of the injustice done by him to Anwar Ibrahim and his
ridiculing of Prophet Muhammad and Islamic scholars. The spin doctors are now trying to
gain public sympathy for Dr. Mahathir by fabricating stories about Muslim groups
attempting to assasinate him. If any group wants to assasinate Dr. Mahathir it is not
going to tape the message and leave it in a school so that Ibrahim Ali and Abdul Hamid
would listen to it. We would like to remind the spin doctors that Malaysians are not so
gullible and stupid as to believe these fabricated stories.
As the general elections comes closer, there will be more stories spun by these spin
doctors. TV3 has already produced a programme called Jendela Dunia which shows violence
and bloodshed in Indonesia during the recent riots. The violence is attributed to those
calling for Reformasi. The message is clear, that is if you don't support BN in the next
elections there will be violence and bloodshed.
We condemn the Barisan Nasional government for intimidating the Malaysian public and
fanning the flames of communal hatred in order to stay in power. We call on the Malaysian
people to be vigilant and not to be deceived by the stories created by the BN spin doctors
which would be given wide publicity by the electronic and print media controlled by BN.
signed
Dr Syed Husin Ali
President PRM
Haji Fadhil Noor
President PAS
30 Mac 1999
Tukang Karut Dr. Mahathir Berbohong
Tukang-tukang karut Dr Mahathir, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin dan Datuk Ibrahim Ali,
sudah mulai membuat cerita karut untuk memburukkan kumpulan-kumpulan Islam dalam negeri
ini dan mendapatkan simpati untuk Dr Mahathir menjelang pilihanraya yang dijangka tahun
ini.
Pada hari Dr Mahathir berangkat ke Mekkah untuk menunaikan Haj, Abdul Hamid menuduh
parti-parti politik, dan kumpulan- universiti serta Islam telah disusupi oleh "sebuah
Majlis Fatwa Islam sulit yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui perbalahan politik
dan kekacauan kaum. Pada hari yang sama, Ibrahim Ali, mendakwa Majlis Fatwa Islam yang
tidak jelas itu telah mengeluarkan fatwa supaya Dr Mahathir Mohamad dibunuh dan menyeru
tentera dan polis menjatuhkan kerajaan.
Tudahan oleh tukang-tukang karut ini adalah pembohongan besar dan kami mencabar mereka
mendedahkan nama-nama anggota apa yang dikatakan Majlis Fatwa itu, dan juga parti-parti
dan badan-badan pelajar dan Islam yang telah disusupi itu.
Dalam beberapa bulan lalu Dr Mahathir telah menjadi seorang yang tidak disukai ramai di
kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali orang Islam, kerana ketidakadilannya terhadap
Anwar Ibrahim dan mempersendakan Nabi Muhammad (saw) serta ulamak. Tukang-tukang karut ini
sedang cuba mendapatkan simpati umum untuk Dr Mahathir dengan membuat cerita tentang
kumpulan Islam yang cuba membunuhnya. Jikalau ada kumpulan yang hendak membunuh Dr
Mahathir, mereka tidak akan membuat tape dan meninggalkannya di sekolah untuk didengar
oleh Ibrahim Ali dan Abdul Hamid. Kami ingin mengingatkan tukang-tukang karut ini bahawa
rakyat Malaysia tidak bodoh atau mudah ditipu untuk mempercayai cerita karut ini.
Apabila pilihanraya semakin hampir, lebih banyak cerita karut akan dibuat oleh
tukang-tukang karut. Kini, TV3 sudah pula menerbitkan rancangan bernama Jendela Dunia yang
menunjukkan keganasan dan tumpah darah semasa rusuhan baru-baru ini di Indonesia.
Keganasan itu dikaitkan dengan mereka yang menyuarakan Reformasi. Mesejnya jelas, iaitu
jikalau kamu tidak menyokong BN dalam pilihanraya akan datang, keganasan dan tumpah darah
akan berlaku.
Kami mengutuk cara kerajaan Barisan Nasional menakut-nakutkan rakyat Malaysia dan
mengapi-apikan kebencian kaum untuk terus berkuasa. Kami menyeru supaya rakyat Malaysia
sentiasa berjaga-jaga dan jangan mempercayai cerita-cerita tukang-tukang karut BN yang
akan sentiasa diberi liputan luas melalui media elektronik dan cetak yang dikuasai oleh
BN.
tandatangan
Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
Haji Fadhil Noor
Presiden PAS
30 Mac 1999